Jeram Toi Memukau Pandangan
eram Toi merupakan kawasan Hutan Simpan Berembun yang sesuai dijadikan tempat rekreasi. Nama Jeram Toi diambil sempena nama Tok Batin yang bernama Tok Batin Toi. Jeram Toi terkenal dengan keindahan cerunan air terjun sebanyak empat tingkat di Sungai Batang Toi dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk. Ia terletak di kilometer 28 dari bandar Seremban. Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta deretan gerai-gerai makanan disediakan di Jeram Toi. Turut dilengkapi di Jeram Toi ialah kemudahan tandas, surau dan bilik persalinan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
 |
|
| Aliran air yang belum tercemar |
|
|
Selain itu, Jeram Gagang atau Jeram Gajah yang terletak di hulu empang Sungai Relai yang dahulunya menjadi sumber air bagi kegunaan pesawah di sekitar Kampung Simpang Gelami. Jeram Gagang merupakan salah satu tarikan yang menjadi tumpuan bagi penduduk di sekitar Seremban dan Negeri Sembilan bagi tujuan perkelahan dan mencari anak-anak ikan. Nama Jeram Gagang tidak diketahui dari mana puncanya tetapi nama tersebut berasal daripada keadaan jeram yang menyerupai segagang buah hasil daripada kejadian alam.
|