Adat Melayu Tradisional Tetap Terpelihara

S

impang Gelami merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam daerah Jelebu. Jelebu masih terkenal dengan adat Melayu tradisional yang masih terpelihara hingga ke hari ini. Jarak dari Kuala Klawang ke Perpusatakaan Desa Kampung Simpang Gelami hanya lapan kilometer. Menyusuri ke Kampung Simpang Gelami, anda akan menemui Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Jelebu di sebelah kiri manakala di sebelah kanan anda, terdapat sebuah Klinik Desa Simpang Gelami.

 
Jalan menuju ke Kampung Simpang Gelami
 

Bentuk muka bumi Kampung Simpang Gelami ialah bertanah pamah beralun serta lereng bukit yang rendah. Maka, kawasan ini amat sesuai untuk penanaman getah. Selain itu, jaringan perhubungan yang baik seperti jalan raya memudahkan orang ramai bergerak daripada satu destinasi ke destinasi yang lain. Terdapat juga sebatang anak sungai yang menerusi jalan utama Kampung Simpang Gelami iaitu Sungai Relai.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK