Penduduk Sambut Seruan Kerajaan

S

atu Kampung Satu Produk’ merupakan slogan kerajaan bagi menaikkan taraf kehidupan penduduk desa. Bagi menyambut seruan kerajaan tersebut, aktiviti perniagaan kini menjadi salah satu sektor utama yang memacu ekonomi penduduk di Simpang Gelami.. Terdapat beberapa perniagaan yang mula mengembangkan sayapnya ke seluruh Negeri Sembilan. Antara perniagaan yang terdapat Kampung Simpang Gelami ialah kuih sejuk beku, pembuatan mee kuning, pembuatan kuih seroja, pemprosesan ikan bilis dan daging, kilang besi, dan kedai pakaian.

 
 
Bengkel besi di mana ramai belia tempatan bekerja

Menurut Haji Abdul Shattar Haji Hashim penduduk di Kampung Simpang Gelami kian terdedah dalam bidang perniagaan. Kebanyakan yang terlibat dalam bidang perniagaan ini ialah golongan dewasa. Lima buah unit kedai yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) digunakan sepenuhnya oleh penduduk di situ. Selain daripada MARA, Jabatan Pertanian juga ada memberikan khidmat nasihat dan menganjurkan beberapa kursus yang dihadiri oleh penduduk setempat untuk memantapkan strategi pemasaran sebelum menceburi bidang tersebut.

Produk Kuih Seroja merupakan produk yang laris di Kampung Simpang Gelami, syarikat itu juga menghasilkan produk sejuk beku yang kini telah melebarkan perniagaannya ke Kuala Lumpur dan Selangor. Produk yang dihasilkan ialah popia, karipap segera, pau rebus, pau goreng dan lain-lain lagi. Produk yang dihasilkan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Selain itu, Pusat Pemprosesan Makanan Ringan yang terdapat di Simpang Gelami juga memberi peluang pekerjaan bagi segelintir penduduk di situ. Juhani Fesyen pula merupakan kedai jahit yang menjadi salah satu pilihan penduduk Kampung Simpang Gelami. Kedai jahit ini diusahakan oleh sepasang suami isteri kurang upaya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK