Klinik Untuk Kesihatan Penduduk

K
  “Klinik Kesihatan Desa Peradong terletak kira-kira 500 meter daripada Perpustakaan Desa Simpang Gelami.”
   

linik desa merupakan salah satu kemudahan yang menjadi kelaziman di kawasan pedalaman. Klinik Kesihatan Desa Peradong terletak kira-kira 500 meter daripada Perpustakaan Desa Simpang Gelami. Terdapat dua orang jururawat bertugas menjaga kesihatan penduduk kampung kampung. Klinik ini beroperasi pada jam 8 pagi hingga 5 petang. Hari Rabu merupakan hari bagi kanak-kanak mendapatkan perkhidmatan di situ manakala hari Khamis pula ialah bagi klinik ibu mengandung, klinik perancang keluarga dan lain-lain lagi. Hari-hari yang selebihnya jururawat akan melawat dari satu rumah ke satu rumah untuk memeriksa kesihatan ibu mengandung.

 
Perkhidmatan klinik desa disediakan untuk masyarakat tempatan
 

Klinik Kesihatan Desa Peradong dilengkapi pelbagai peralatan kesihatan seperti alat tekanan darah, pemeriksaan air kencing dan alat timbang bayi. Klinik tersebut masih lagi menyalurkan perkhidmatan mereka kepada penyakit-penyakit biasa seperti batuk dan selesema. Penyakit kronik seperti penyakit kencing manis dan sakit jantung akan dirujuk kepada hospital terdekat. Walaupun perkhidmatan perubatan secara moden terdapat di situ, namun terdapat segelintir penduduk juga selesa menggunakan perkhidmatan kesihatan cara kampung iaitu urutan secara tradisional.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK