Pelbagai Badan Keselamatan Ditubuhkan

K
 
 
Pondok Polis yang terletak berdekatan dengan balai JKKK

eselamatan sememangnya merupakan aspek terpenting dalam memelihara keamanan kampung. Pihak polis dan JKKK merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga aspek itu. Pondok Polis Peradong yang terletak kira-kira kurang dari lima kilometer dari Perpustakaan Desa Simpang Gelami merupakan pondok polis yang terdekat. Tertubuhnya pondok polis ini, maka keselamatan penduduk tempatan lebih terjamin.

Selain itu, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang telah memainkan peranan sangat baik bagi membantu pihak berkuasa. RELA bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap aspek-aspek keselamatan dan keamanan kampung.

Penubuhan Rukun Tetangga di kalangan penduduk membantu membanteras jenayah di Kampung Simpang Gelami. Badan-badan keselamatan ini sering menjalankan rondaan bagi memastikan keselamatan dan keamanan kampung dan kawasan sekitar terjamin.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK