Kemudahan Asas Bantu Aktiviti Seharian Penduduk
| |
 |
| |
| Masjid Kampung Simpang Gelami diiktiraf masjid contoh bagi Negeri Sembilan |
|
emudahan asas adalah penting dalam sesebuah kampung untuk memudahkan penduduk-penduduk kampung menjalankan aktiviti seharian mereka. Kemudahan asas yang terdapat di Kampung Simpang Gelami ialah bekalan air bersih, dan elektrik. Di samping itu, terdapat beberapa kemudahan lain seperti pondok polis, sekolah menengah, tabika, pondok telefon, perpustakaan desa, klinik desa, balai raya, masjid dan lain-lain lagi. Di masjid Kampung Simpang Gelami, selain tempat untuk beribadah turut disediakan kemudahan bagi mereka yang bermusafir untuk tumpang berehat sebelum meneruskan perjalanan. Bilik Musafir yang terdapat di dalam masjid ini dilengkapi dengan katil, tilam dan juga bantal.
Terdapat juga pejabat cawangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kampung Simpang Gelami. FAMA merupakan salah satu badan yang menolong orang kampung untuk memasarkan produk perusahaan mereka ke kawasan sekitar. Penduduk Kampung Simpang Gelami akan ke Pekan Kuala Klawang jika mempunyai apa-apa urusan yang perlu diselesaikan dengan segera. Antara kemudahan yang terdapat di situ ialah institusi perbankan, pejabat pos, balai bomba, gelanggang, stadium, gimnasium rakyat dan lain-lain kemudahan. Pekhidmatan bas dan teksi turut disediakan di sini bagi memudahkan penduduk kampung berkomunikasi dengan dunia luar.
|