Bertegur Sapa Jadi Amalan Penduduk Sekitar
ampung-kampung di sekitar Kampung Simpang Gelami sentiasa bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik di antara satu sama lain. Kampung di sekitarnya ialah Kampung Purun, Kampung Gelami Luar, Kampung Sri Temoi, Kampung Chenor dan Kampung Jelun. Kesemua kampung ini berada di dalam mukim Peradong, Negeri Sembilan. Kampung ini dan kawasan sekitarnya berhubung melalui aktiviti perniagaan, pertanian dan penternakan.
| |
 |
| |
| Sumber air untuk pertanian |
|
Kegiatan perniagaan dijalankan melalui pembukaan kedai-kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian dan gerai menjual makanan ringan seperti burger dan banjo. Terdapat juga kedai jahitan yang menjadi perantara di antara penduduk kampung dan masyarakat di kawasan sekitarnya. Selain kemudahan gerai-gerai yang terdapat di kawasan kampung sekitar, penduduk juga dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan apabila berkunjung ke kedai-kedai tersebut.
Pertanian juga merapatkan hubungan di antara penduduk kampung dan kawasan sekitarnya. Tanaman getah dan dusun buah-buahan seperti tebu, jagung, mangga dan buah-buahan bermusim seperti durian membolehkan penduduk tempatan menjualnya ke kawasan sekitar. Hasil tani yang diperoleh digunakan sebagai sumber pendapatan masyarakat di sini.
Penduduk kampung sebelah juga boleh mendapatkan sumber daging lembu dan kambing yang ada dijual di Kampung Simpang Gelami. Kebiasaannya urusan jual beli ini adalah untuk majlis perkahwinan, kenduri-kendara atau majlis aqiqah.
|