Merencana Pembangunan Kampung

D

i samping merangka agenda pembangunan kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga bertanggungjawab terhadap keselamatan kampung atau penduduknya. Oleh itu, penubuhan Biro Keselamatan berjaya mengurangkan gejala-gejala negatif dan pengaruh yang tidak sihat di dalam kampung.

JKKK yang diketuai oleh Haji Abdul Shattar bin Haji Hashim dibantu oleh beberapa biro yang memikul tugas untuk menjaga kebajikan penduduk di Kampung Simpang Gelami. Biro-biro yang terdapat di bawah seliaan JKKK ialah Biro Kewangan, Biro Pendidikan dan Agama, Biro Keselamatan dan Kepolisan, Biro Pertanian dan Ternakan, Biro Keceriaan Kampung dan beberapa biro lain.

 
Pusat operasi JKKK Kampung Simpang gelam
 

JKKK Simpang Gelami juga memastikan kebajikan penduduk kampung sentiasa terpelihara. JKKK sering bersama-sama dengan AJK Masjid mengadakan acara-acara yang dianggap penting dalam memelihara perhubungan silaturahim dan juga aktiviti yang boleh menceriakan kampung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah acara gotong-royong membersihkan masjid dan juga kampung. JKKK juga membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan. JKKK bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memantau keadaan fakir miskin dan anak yatim di Kampung Simpang Gelami.

Kampung Simpang Gelami banyak memenangi anugerah-anugerah yang menaikkan lagi nama kampung itu. Anugerah yang pernah diterima ialah Anugerah Kampung Terbaik yang dimenangi tiga kali berturut-turut dan merangkul tempat ketiga pada tahun 2007. Banyak perubahan yang dapat dilihat di dalam Kampung Simpang Gelami dari aspek pembangunan dan aspek pembangunan masyarakat sendiri. Mereka kini berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Mereka juga lebih terbuka menerima kritikan dalam memajukan diri masing-masing. Kemudahan infrastruktur di situ juga semakin teratur termasuklah kemudahan jalan raya yang telah dinaik-taraf.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK