Kepelbagaian Sumber Ekonomi

P
 
 
Pembinaan jalan bersebelahan dengan ladang getah

ertanian merupakan salah satu sumber ekonomi Kampung Simpang Gelami. Kebanyakan penduduk di sini menoreh getah bagi menampung kehidupan seisi keluarga. Selain itu, terdapat juga pertanian secara kecil-kecilan seperti penamanan mangga, jagung dan pisang.

Di bawah program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) penduduk kampung mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Industri pemakanan merupakan industri yang menjadi pilihan penduduk di situ. Kuih Seroja merupakan antara produk yang diketengahkan dalam usaha membantu penduduk menaikkan taraf kehidupan mereka. Kedai Juhani Fesyen pula merupakan kedai jahitan yang diusahakan oleh suami isteri kurang upaya.

Selain daripada sektor pertanian dan perniagaan, penternakan juga merupakan aktiviti yang diceburi oleh penduduk di Kampung Simpang Gelami. Penternakan kambing dan lembu dilakukan di kawasan yang berbukit di kampung ini. Selain jauh dari kawasan penempatan, kandang- kandang ini ditempatkan di atas bukit kerana memudahkan kambing-kambing itu diberi makan. Kawasan yang luas di atas bukit itu memudahkan pengusahanya mengumpul rumput-rumput untuk diberikan makanan kepada kambing-kambing.

Aktiviti perkilangan turut giat dijalankan di sini. Terdapat kilang besi di jalan utama Kampung Simpang Gelami. Beberapa penduduk kampung terlibat dalam pemprosesan besi ini. Selain itu, terdapat segelintir penduduk tempatan yang berkhidmat di sektor awam dan swasta di pekan Kuala Klawang dan kawasan sekitar.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK