“Ke Jolobak ke Jolobu, Tuai padi tigo serangkai, Kok kono komat Jolobu, Tak mati badan merasai”

Melalui kawasan perkampungan dari Pekan Kuala Klawang, mata menangkap pemandangan indah di bahu jalan. Panorama itu dihiasi dengan pembinaan rumah yang pelbagai bentuk. Melintasi kawasan Sungai Ralai, anda dapat melihat kejernihan air menyusuri anak sungai. Walaupun kampung ini adalah kampung tradisional namun beberapa agensi memilih Kampung Simpang Gelami sebagai lokasi cawangan mereka. Antaranya ialah FAMA, MARA dan Kompleks Pertanian. Di hujung kawasan Kampung Simpang Gelami, pemandangan tanaman getah menghiasi di kiri jalan. Kawasan yang sedikit berlereng membolehkan aktiviti tanaman getah dijalankan. Ketenangan kampung ini perlu dikekalkan supaya khazanah flora dan faunanya terpelihara.


JKKK Pelancongan

Kampung Simpang Gelami banyak memenangi anugerah-anugerah yang menaikkan lagi nama kampung itu. Anugerah yang pernah diterima ialah Anugerah Kampung Terbaik yang dimenangi tiga kali berturut-turut dan merangkul tempat ketiga pada tahun 2007. Banyak perubahan yang dapat dilihat di dalam Kampung Simpang Gelami dari aspek pembangunan dan aspek pembangunan masyarakat sendiri.

Jeram Toi merupakan kawasan Hutan Simpan Berembun yang sesuai dijadikan tempat rekreasi. Nama Jeram Toi diambil sempena nama Tok Batin yang bernama Tok Batin Toi. Jeram Toi terkenal dengan keindahan cerunan air terjun sebanyak empat tingkat di Sungai Batang Toi dan laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk. Ia terletak di kilometer 28 dari bandar Seremban.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK