Wanita Sijangkang Progresif
anita di Kampung Sijangkang boleh dikategorikan sebagai golongan wanita yang progresif. Mereka membantu pendapatan keluarga dengan inisiatif sendiri. Wanita di sini mendapat bantuan daripada badan-badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS memberikan bantuan dari segi khidmat nasihat dan juga membantu memasarkan produk yang dihasilkan oleh kaum wanita di Kampung Sijangkang.
 |
|
Rosilawati antara pengusaha yang berjaya |
|
|
Wanita di Sijangkang turut melakukan aktiviti sampingan lain di rumah bagi menambah pendapatan. Antaranya ialah dengan menjahit pakaian untuk lelaki dan wanita. Mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran lain menggunakan kepakaran yang ada untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Selain membantu keluarga, wanita di Kampung Sijangkang aktif di dalam aktiviti persatuan antaranya persatuan Ibu Tunggal Melati Putih di mana persatuan ini bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal di Kampung Sijangkang.
Bagi yang hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, mereka memanfaatkan waktu yang terluang dengan kegiatan yang berfaedah. Antaranya dengan menghadirkan diri ke kelas atau ceramah agama yang diadakan di masjid atau surau.
| |
"Wanita di Kampung Sijangkang boleh dikategorikan sebagai golongan wanita yang progresif. Mereka membantu menjana ekonomi keluarga dengan inisiatif sendiri." |
| |
|
 |
|
Kaum wanita turut berniaga |
|
|
|