Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Batu 1, Jalan Sekolah, Kampung Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
   
 

Majoriti Penduduk Berbangsa Melayu

A

nggaran penduduk di Kampung Sijangkang kira-kira 15,000 orang yang majoritinya berbangsa Melayu. Terdapat juga beberapa kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain. Penduduk di sini mengamalkan penempatan secara berderet. Kebanyakan rumah didirikan menyusuri jalan raya. Penduduk di sini mendirikan rumah di atas tanah sendiri yang dipisahkan oleh lot masing-masing.

"Anggaran penduduk di Kampung Sijangkang kira-kira 15,000 orang yang majoritinya berbangsa Melayu."  
   

Setiap peringkat umur penduduk di Kampung Sijangkang mempunyai rutin harian yang berbeza. Bagi kaum bapa di kampung ini, masa dihabiskan dengan bekerja di ladang. Bagi kaum wanita pula majoritinya adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ada juga yang membantu menambahkan ekonomi keluarga melalui kemahiran yang dimiliki. Bagi golongan belia pula, selepas menghabiskan masa dengan jadual persekolahan yang padat, mereka menggunakan masa petang untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersukan.

 
 
Kanak-kanak sekolah yang riang

Melihat kepada kepadatan penduduk di kampung ini, pembahagian tanah di Kampung Sijangkang boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan berikut. Perumahan 55 peratus, premis awam 10 peratus, tanaman 18 peratus, ternakan 10 peratus dan lain-lain lima peratus.

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK