Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Batu 1, Jalan Sekolah, Kampung Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
   
 

Pertanian Sumber Ekonomi Utama

K

ampung berasaskan pertanian. Menyebutnya sahaja telah melambangkan apakah sebenarnya yang dapat anda saksikan jika ke mari. Dipenuhi dengan rimbunan pohon nan menghijau ia membuatkan minda segar kembali. Terasa alangkah bertuahnya jika dapat menghirup udara nyaman kampung pada setiap pagi. Antara tanaman yang menghijau dari dahulu sehinggalah sekarang ialah kelapa sawit yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk setempat. Mereka mengusahakannya di atas tanah sendiri. Petani-petani ini mendapat bantuan kewangan, baja dan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian.

 
Tanaman pisang yang berkualiti
 

Di sini juga turut diusahakan tanaman pisang secara berkelompok. Ia merupakan langkah atau strategi yang telah disusun oleh Jabatan Pertanian bagi menggalakkan penduduk setempat mengusahakan sesuatu pertanian dengan lebih tekun. Malahan jabatan turut membantu memberikan khidmat nasihat dan juga kursus dari segi teknik untuk menghasilkan buah pisang yang berkualiti tinggi.

Anda mungkin selalu melihat bagaimana pokok bunga disemai, namun pasti jarang yang pernah menyaksikan bagaimana pokok cili dan terung disemai. Di Kampung Sijangkang anda dapat melihatnya dengan lebih dekat. Dengan menggunakan bekas plastik, pengusahanya Haji Sulaiman Alias memastikan semaiannya menghasilkan cili dan terung yang berkualiti tinggi.

 
 
Tanaman buah naga dikomersialkan

Faktor geografi di Kampung Sijangkang banyak menyumbang kepada sektor pertanian. Di sini terdapat penduduk setempat yang mengusahakan tanaman buah naga dan juga tembikai. Jika anda ingin melihat sendiri pokok naga dan juga tembikai, anda berpeluang menyaksikannya hampir di sepanjang jalan utama Kampung Sijangkang.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK