Pintu Gerbang Sebagai Mercu Tanda
elamat Datang Ke Kampung Sijangkang. Melihat sahaja pintu gerbang yang tersergam indah menyambut kedatangan anda, itu bermakna anda telah tiba di sebuah perkampungan yang diberi nama Kampung Sijangkang. Terletak di selatan Bandar Klang, ia berada di dalam Mukim Teluk Panglima Garang. Perjalanan ke sini dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Kesas mengambil masa kira-kira sejam perjalanan. Jika anda dari Klang, jarak anda hanyalah 12 kilometer, tujuh kilometer dari Telok Panglima Garang dan 12 kilometer dari Pekan Banting.
 |
|
| Kampung Sijangkang terletak di dalam kawasan Kuala Langat |
|
|
Arus kemodenan yang semakin pantas mengubah struktur kawasan perkampungan menjadi separa moden. Jika dahulu kawasan perkampungan nyata terpinggir dan penghuni kampung terpaksa bersusah-payah untuk ke bandar-bandar yang berhampiran namun senario itu telah lama berlalu. Dengan adanya kemudahan prasarana seperti jalan raya, ia lebih memudahkan penduduk berurusan di luar. Sekali gus memudahkan pengunjung yang ingin datang ke mari.
Kampung Sijangkang mempunyai keluasan lebih kurang 16 kilometer persegi dan ia merupakan sebuah perkampungan tradisi pertanian. Maka tidak hairanlah jika anda ke sini, di sebelah kanan dan kiri jalan anda dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Terdapat juga tanaman-tanaman lain yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat. Ia berikutan faktor geografi dan juga bentuk muka buminya yang bersesuaian untuk sektor pertanian.
Tiada pengangkutan awam di Kampung Sijangkang. Penduduk di sini kebanyakannya memiliki kereta sendiri yang memudahkan mereka untuk ke bandar. Bagi yang tidak memiliki kereta mereka sekurang-kurangnya memiliki motosikal untuk kegunaan harian.
|