Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Batu 1, Jalan Sekolah, Kampung Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
   
   

Ternakan Cacing Pendapatan Lumayan

P

elik namun mendatangkan hasil yang lumayan. Ia merupakan satu industri baru di bawah Jabatan Pertanian dan Asas Tani iaitu penternakan cacing atau Vermiculture. Bagi yang pertama kali mendengar dan fobia dengan haiwan tersebut pasti akan merasa hairan kenapa cacing dijadikan sumber pendapatan. Bagi Norazimah Mohd Ali salah seorang penternak cacing yang bergiat aktif di Sijangkang, menternak cacing dijadikan pendapatan sampingan. Malah beliau mengakui pendapatannya hasil dari penjualan cacing mencecah empat angka sebulan.

"Bagi yang pertama kali mendengar dan geli dengan haiwan tersebut pasti akan merasa hairan kenapa cacing dijadikan sumber pendapatan."  
   
Ladang ternakan cacing

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan modal RM300 anda dapat membeli sekilogram cacing yang dapat dibiakkan selama enam bulan. Selepas enam bulan cacing-cacing ini dapat dijual dengan harga RM400 ke RM500. Menurutnya lagi, syarikatnya yang diberi nama Tower Agrotech Sdn Bhd berjaya menjual purata 300 kilogram cacing dalam masa sebulan. Cacing-cacing ini diimport dari Australia dan dipasarkan di dalam Malaysia. Selain digunakan sebagai baja kompos ia turut digunakan bagi tujuan perubatan dan juga kosmetik. Jika anda ingin tahu, 80 peratus daripada struktur tubuh cacing adalah protein.

 
Tower Agrotech
 

Selain daripada cacing, ada juga penduduk tempatan yang mengusahakan nurseri. Anda pasti akan merasa teruja melihat pelbagai jenis bunga yang sedang berkembang mekar. Di Kelopak Emas Sdn Bhd, anda dapat membeli bunga bersama pasunya sekali dalam pelbagai corak, bentuk dan saiz.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK