Kesihatan Untuk Semua
i Kampung Sijangkang terdapat klinik desa yang menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan ubat bagi pesakit luar dan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Terletak berhadapan dengan klinik desa ini adalah farmasi dan klinik untuk ibu mengandung. Bagi masalah kesihatan yang agak serius, kesnya akan dirujuk kepada Hospital Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan susulan.
Klinik desa ini menjadi tumpuan orang Kampung Sijangkang untuk mendapatkan ubat. Malahan jika kena harinya anda dapat menyaksikan tempat ini sesak dengan pelbagai peringkat umur. Apa tidaknya, Klinik Desa Sijangkang ini berada di dalam kawasan Pusat Komuniti di mana terdapat Pusat Gerakan JKKK, klinik ibu mengandung, farmasi dan Perpustakaan Desa Sijangkang.
| "Klinik Desa ini menjadi tumpuan orang Kampung Sijangkang untuk mendapatkan ubat." |
|
| |
|
 |
| Rawatan perubatan disediakan bagi semua peringkat usia |
|
|