Kemudahan Untuk Semua
Kemudahan asas merupakan sesuatu yang amat penting di sesebuah penempatan. Di Kampung Sijangkang ini, penduduknya sangat bertuah kerana memiliki kemudahan asas yang hampir lengkap. Bekalan api dan air dimiliki oleh semua rumah. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bekerjasama dalam memastikan kemudahan asas di Kampung Sijangkang dapat disalurkan ke setiap rumah.
Malahan di sini juga terdapat sistem perparitan yang disediakan oleh Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) sebagai persediaan menghadapi masalah banjir. Parit-parit ini juga digunakan bagi tujuan pertanian.
 |
|
| Ruang solat untuk kegunaan kaum muslimah |
|
|
Di kawasan ini juga terdapat beberapa masjid dan surau untuk kemudahan penduduk setempat dan juga orang ramai yang berkunjung ke mari. Lantaran Kampung Sijangkang ini agak luas, maka di setiap perkampungan terdapat satu masjid dan satu surau. Turut disediakan ialah dewan serba guna bagi kegunaan penduduk kampung melakukan sebarang aktiviti seperti ceramah dan sebagainya. Bagi dewan serba guna tiada sebarang bayaran yang dikenakan jika mahu mengadakan sebarang aktiviti di sana.
|