Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Batu 1, Jalan Sekolah, Kampung Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
   
 

Pertanian Sumber Pendapatan Utama

K

ampung Sijangkang terkenal dengan pertaniannya. Malahan penduduk di sini majoritinya menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama. Antara yang ditanam di sini ialah pokok kelapa, kelapa sawit dan juga getah. Ketiga-tiga tanaman itu merupakan pertanian utama di Kampung Sijangkang. Hampir semua penduduk memiliki ladang masing-masing yang diusahakan sendiri atau diupah kepada pekerja asing dan ada juga yang memajak tanah mereka kepada orang luar.

"Hampir kesemua penduduk memiliki ladang masing-masing yang diusahakan sendiri, diupah kepada pekerja asing atau ada juga yang memajak tanah mereka kepada orang luar. "  
   

Ada di kalangan penduduk mengusahakan tanaman seperti buah naga dan juga tembikai. Ia sedikit sebanyak membantu penduduk setempat meraih pendapatan secara individu. Hasil tanaman dijual di tepi jalan dan ada yang memasarkan buah-buahan tersebut luar dari Selangor.

Terdapat juga perindustrian lain yang dijadikan pendapatan sampingan iaitu berniaga secara kecil-kecilan. Ada yang mengusahakan kedai-kedai runcit, meniaga di pasar-pasar dan juga menggunakan kemahiran menjahit sebagai pendapatan sampingan. Bagi golongan belia pula mereka lebih gemar bekerja di kilang-kilang di Telok Panglima Garang.

Gerai menjual buah-buahan didirikan di pinggir jalan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK