Wanita Pendukung Budaya Dan warisan
aum wanita di Kampung Sungai Masin boleh dikategorikan sebagai kaum wanita yang sentiasa berdaya maju. Selain giat membantu menjana ekonomi keluarga, wanita di sini aktif dengan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Caklempong
Kampung Sungai Masin tidak mempunyai persatuan yang khusus untuk wanita di kampung ini. Walau bagaimanapun, mereka tetap aktif menjalankan aktiviti seperti bermain satu permainan muzik tradisional yang diberi nama Caklempong. Mereka bermain alat muzik ini pada majlis-majlis tertentu atau mendapat jemputan.
Caklempong atau disebut jugaTalimpung adalah alat muzik Melayu tradisi Negeri Sembilan yang menyerupai gong atau tetawak kecil. Caklempong terdiri dari alat-alat yang diketuk dan mempunyai ukuran yang berbeza serta nada bunyi yang berlainan. Ketika dimainkan, Caklempong dilengkapi dengan penggunaan alat-alat muzik tradisi lain seperti gendang panjang, serunai, gong dan sebagainya. Caklempong memainkan rentak dan terjelmalah dalam lagu-lagu seperti Pak Tinjar dan Goyar Bacang.
Golongan wanita Kampung Sungai Masin juga turut terlibat dengan aktiviti keagamaan seperti kumpulan marhaban dan berzanji. Kumpulan-kumpulan ini akan menyampaikan bacaan marhaban dan berzanji pada majlis kesyukuran atau majlis cukur jambul.
Jika anda masuk ke kawasan kampung, pernahkah anda melihat kaum-kaum ibu bergotong- royong memasak di dewan orang ramai atau di surau padahal tiada apa-apa keraian pun pada hari tersebut? Anda tidak perlu hairan kerana di kampung ini fenomena demikian memang biasa. Wanita di Kampung Sungai Masin juga selalu mengadakan aktiviti memasak untuk merapatkan ikatan silaturahim sesama penduduk.
| |
 |
| |
| Kemahiran menjahit dipraktikkan oleh Radiah Othman |
|
Selain itu, wanita di kampung ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti perniagaan sebagai membantu menjana pendapatan keluarga. Ada juga yang menggunakan kemahiran menjahit sebagai salah satu cara untuk membantu keluarga.
|