Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Sungai Masin, Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
   
   

Perpustakaan Desa Sumber Ilmu

A

ntara usaha kerajaan untuk memupuk masyarakat yang celik IT ialah melalui penubuhan Pusat Internet Desa di bawah Program Pemberian Sejagat (USP). Melalui program ini kerajaan membekalkan beberapa unit komputer dan kemudahan Internet jalur lebar. Kerajaan berharap penubuhan Perpustakaan Desa seumpama ini akan dapat memberi peluang kepada penduduk kampung memanfaatkan teknologi IT di dalam kehidupan mereka. Pada masa yang sama, kemudahan-kemudahan prasarana di pusat berkenaan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

 
Bahan rekod sebagai rujukan
 

Perpustakaan Desa Sungai Masin ditubuhkan pada 1986. Perpustakaan Desa ini terletak di bangunan berkembar dengan dewan orang ramai. Perpustakaan Desa beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Perpustakaan ini ditutup pada hari Ahad, setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga atau hari cuti umum.

Di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Masin ini turut diadakan pertandingan mewarnai lukisan yang diadakan pada setiap tahun sebagai usaha Perpustakaan Negeri untuk menarik minat penduduk kampung berkunjung ke perpustakaan.

 
 
Lengkap dengan kemudahan multimedia

Di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Masin yang diselia oleh Norani Idrus, terdapat dua buah komputer, sebuah pengimbas elektronik dan sebuah pencetak.

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK