Tumpahan Garam Simbolik Kepada Nama Kampung
| |
 |
| |
| Sungai yang memberi seribu makna kepada penduduk tempatan |
|
ejarah dapat memupuk semangat cintakan tanahair, ia juga menjadi legenda yang akan menjadi perbualan sepanjang zaman. Sejarah tempat kita dilahirkan merupakan sejarah yang wajar diketahui kerana di situlah bermulanya salasilah keturunan kita.
Di Kampung Sungai Masin, sejarahnya bermula seratus tahun yang lalu. Ia mula diteroka oleh sekumpulan orang asli yang datang dari Muara Sungai Lolo, Sumatera Indonesia. Menurut Zaleha Abdul Ghani, antara warga tua yang tinggal di Kampung Sungai Masin, nama Sungai Masin itu diperoleh daripada sebatang sungai di kampung itu yang airnya terasa masin.
Menurut sejarah lagi, pada zaman dahulu peneroka asal Kampung Sungai Masin cuba menyorokkan garam di bawah timbunan pasir supaya tidak dirampas oleh tentera Jepun. Malangnya, air sungai yang telah meresap melalui liang-liang udara di antara pasir telah mengakibatkan garam tersebut larut dan mengalir ke dalam sungai. Secara tidak sengaja, ada yang terminum air sungai tersebut dan mengatakannya ia masin. Lama-kelamaan, nama tempat itu menjadi Kampung Sungai Masin apabila ramai yang menyatakan air dari sungai itu masin.
Perubahan ketara
 |
|
| Gabungan tradisional dan kontemporari |
|
|
Menurut nenek Zaleha lagi, perubahan ketara antara dahulu dan sekarang di Kampung Sungai Masin ialah dari segi pembangunannya. Jika dahulu Kampung Sungai Masin hanya dikelilingi hutan belantara dan juga dusun buah-buahan, kini kampung ini mengalami perubahan yang ketara. Kampung Sungai Masin mempunyai kemudahan-kemudahan asas dan prasarana terkini dan boleh diklasifikasikan sebagai sebuah perkampungan moden.
Jika anda ada menyaksikan iklan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Aidilfitri 2007, anda pastinya akan terasa indahnya suasana menyambut Ramadhan dan Syawal di kampung. Melihat rumah kayu lama berwarna putih dan ruang lamannya dipenuhi pelita pastinya menggamit hati anda untuk segera pulang ke kampung halaman. Malah banyak lagi iklan dan drama dilakonkan di rumah yang berusia hampir seratus tahun ini. Lokasinya hanya di Kampung Sungai Masin dan rumah itu adalah milik nenek Zaleha.
|