Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Sungai Masin, Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
   
 

Penduduk Sungai Masin Mempunyai Rutin Harian Berbeza

A

nggaran penduduk di Kampung Sungai Masin kira-kira 600 orang dan kesemuanya berbangsa Melayu. Penduduk di sini mengamalkan penempatan secara berderet. Kebanyakan rumah didirikan menyusuri jalan raya. Mereka mendirikan rumah mengikut lot masing-masing.

 
 
Hasil tanaman untuk dijual di pasar terdekat

Setiap peringkat umur penduduk di Kampung Sungai Masin mempunyai rutin harian yang berbeza. Bagi kaum bapa di kampung ini, masa dihabiskan dengan mencari rezeki di pekan-pekan berhampiran. Masih terdapat segelintir penduduk kampung yang masih bertani sebagai sumber pendapatan. Bagi kaum wanita pula majoritinya adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ada juga yang membantu menambah pendapatan keluarga melalui kemahiran yang dimiliki seperti menjahit baju. Bagi golongan belia pula, selepas menghabiskan masa dengan jadual persekolahan yang padat, mereka menggunakan masa petang untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersukan.

Di Kampung Sungai Masin terdapat lebih kurang 130 buah rumah dan ada di antaranya yang mendapat bantuan daripada kerajaan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

 

 
Penafian | Laman Web KTAK