Industri Pelancongan Berkembang Pesat
elewati Kampung Sungai Masin, anda mungkin tidak menemui apa-apa tempat pelancongan yang menarik. Namun keadaan kampung yang masih lagi nyaman dan menghijau dapat mendamaikan perasaan setiap pengunjung yang mengunjungi kampung ini.
Anda juga dapat menikmati pemandangan Tasik Ulu Yam yang begitu tenang terletak 10 kilometer dari Kampung Sungai Masin.
Kolam Air Panas Hulu Tamu
Bagi anda yang menghidapi masalah
kulit, Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak di Kampung Tamu dengan jarak tidak sampai tujuh kilometer dari Kampung Sungai Masin antara tempat yang boleh anda kunjungi. Jika anda dari Batang Kali ke Genting Highlands, Kolam Air Panas Hulu Tamu berada di sebelah kiri anda. Dari Kampung Sungai Masin, simpang tiga yang pertama, anda bolehlah membelok ke kiri. Terdapat papan tanda arah untuk anda ke sana.
 |
|
| Pengunjung sedang mandi di dalam kolam air |
|
|
Kolam Air Panas Hulu Tamu pastinya menjanjikan pengalaman baru kepada mereka yang kali pertama berkunjung ke sini. Terdapat dua buah kolam besar yang boleh digunakan untuk mandi air panas. Selain baik untuk mereka yang menghadapi sakit kulit ia juga bagus untuk peredaran darah. Di sini juga disediakan perkhidmatan chalet dan restoran yang masih dalam pembinaan.
|