Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Sungai Masin, Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
   
 

KTM Membawa Anda Ke Kampung Sungai Masin

M

ungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Kampung Sungai Masin. Malahan jika mereka melalui jalan Batang Kali untuk ke Genting Highlands pun, mungkin tidak menyedari mereka telah melalui Kampung Sungai Masin. Sebuah nama yang tidak dikenali kepada mereka yang tidak tinggal di kawasan berhampiran.

Paling mudah, jika anda pernah mendengar nama Kolam Air Panas Hulu Tamu atau pernah mandi di sana, Kampung Sungai Masin merupakan kampung bersebelahan dengan Kampung Tamu di mana terletaknya kolam air panas yang kini menjadi tumpuan ramai itu.

"Kampung Sungai Masin merupakan sebuah perkampungan yang masih pekat menggunakan dialek Kampar dari Sumatera, Indonesia. "  
   
 
 
Jalan utama ke Kampung Sungai Masin

 

 

 

 

 

 

 

Terletak hanya satu kilometer dari Pekan Batang Kali dan lebih kurang 40 kilometer dari Kuala Lumpur melalui jalan Ulu Yam, Kampung Sungai Masin merupakan sebuah perkampungan yang masih pekat menggunakan dialek Kampar dari Sumatera, Indonesia. Meskipun yang tinggal kini hanyalah generasi pelapis namun pengekalan bahasa ibunda adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.

Dengan kemudahan pengangkutan yang telah tersedia, selain daripada berkereta, anda juga boleh tiba di kampung ini dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTM). Anda haruslah menaiki KTM dari Stesen Kuala Lumpur dan berhenti di Stesen Batang Kali untuk ke Kampung Sungai Masin.

Setibanya di perkampungan ini, anda pasti akan terpegun melihat keindahan panorama kampung yang dikelilingi bukit-bukau. Bagi yang datang jauh dari bandar metropolitan, suasana begini pasti menjadi nostalgia yang tidak dapat dilupakan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK