Kepakaran Memberikan Pulangan Lumayan
enjahit memerlukan kemahiran, kesenian dan juga ketekunan. Di bandar-bandar besar, mereka yang mempunyai kemahiran seperti ini dipandang tinggi dan dianggap cukup berbakat. Begitu juga dengan Radiah Othman yang berbakat dan mahir dalam selok-belok menjahit.
 |
|
| Usahanya raih perhatian pihak tertentu |
|
|
Di Kampung Sungai Masin tidak ramai yang melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan. Radiah Othman antara penduduk yang melibatkan diri di dalam sektor keusahawanan. Usahanya telah mendapat perhatian dari pihak kerajaan. Di bawah Projek Ekonomi Tambahan (AET) Jahitan, beliau telah dibantu dengan peralatan-peralatan jahitan seperti mesin jahit tepi, mesin lurus, mesin sulam dan juga almari jahit.
Bantuan yang telah disediakan sedikit sebanyak memberikan beliau peluang untuk mengembangkan lagi bakat menjahit. Menurut beliau, purata jahitannya pada setiap bulan kira-kira 15 ke 20 pasang dan pada musim perayaan ia bertambah di antara 20 ke 50 pasang. Beliau boleh menjahit pelbagai fesyen baju tradisional untuk wanita dan lelaki.
Di kampung ini juga, seorang pembuat kuih baulu Mahanom Mohd Shah antara usahawan wanita yang turut mendapat sokongan dari pihak kerajaan. Beliau juga mendapat bantuan dari segi perkakasan untuk membuat kuih tradisi itu.
Kedua-duanya selalu mendapat tempahan dari penduduk setempat. Malah Mahanom Mohd Shah pernah mengiklankan produknya di internet.
|