Keselamatan Kita Tanggungjawab Bersama
i dalam aspek keselamatan, kerjasama merupakan langkah paling efektif dalam memastikan kawasan tempat tinggal kita berada di dalam keadaan yang terkawal. Lantaran itu rasa tanggungjawab di dalam diri setiap individu perlu dipupuk agar masalah-masalah kecil negara boleh ditangani dengan bantuan rakyat.
| |
 |
| |
| Keamanan tetap terpelihara |
|
Secara amnya soal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis berhampiran ialah Balai Polis Batang Kali. Ia menjadi tempat rujukan penduduk di seluruh Batang Kali termasuk Kampung Sungai Masin.
Di kampung ini juga terdapat pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA). RELA diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA ini terdiri daripada anak tempatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan rondaan dan pantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan kampung terjamin.
|