Kebajikan Penduduk Terjamin
emudahan awam dan infrastruktur merupakan lambang kepada kemajuan kampung. Di Kampung Sungai Masin ini, penduduknya sangat bertuah kerana memiliki kemudahan utiliti yang hampir lengkap. Bekalan api dan air boleh didapati di setiap rumah. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bekerjasama dalam memastikan kemudahan asas di Kampung Sungai Masin dapat disalurkan ke setiap rumah. Malahan 65 peratus penduduk di sini memiliki talian telefon rumah. Penggunaan telefon bimbit juga telah meningkat dari tahun ke tahun.
 |
|
| Pejabat Pos Batang Kali, tempat penduduk melunaskan bil |
|
|
Selain itu, di kampung ini juga terdapat surau dan masjid untuk kegunaan orang ramai beribadat. Terdapat aktiviti-aktiviti keagamaan yang sering diadakan pada malam-malam tertentu di Masjid Jamek Kariah Kampung Sungai Masin. Aktiviti yang diadakan antaranya ialah kuliah agama dengan pelbagai tajuk seperti Hadis dan Fiqah pada malam Ahad, Tafsir Al-Quran pada malam Jumaat serta kuliah Tauhid dan Aqidah pada malam Rabu. Ustaz-ustaz yang memberikan kuliah didatangkan dari pelbagai tempat. Turut disediakan ialah dewan orang ramai untuk kegunaan penduduk kampung melakukan sebarang aktiviti.
| |
 |
| |
| Kemudahan pengangkutan bagi penduduk setempat |
|
Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di Kampung Sungai Masin ialah pejabat pos yang terletak di Pekan Batang Kali. Di sana juga terdapat perkhidmatan komuter Kereta Api Tanah Melayu.
|