Aktiviti Antara Kampung Mengeratkan Hubungan Persaudaraan
ampung Sungai Masin diapit oleh beberapa buah kampung, antaranya adalah Kampung Genting Malek, Kampung Tamu dan Kampung Ulu Rening. Ada antara kampung ini yang dipisahkan melalui anak sungai. Lantaran itu terdapat jambatan yang dibina menghubungkan kampung berkenaan. Manakala pekan yang berhampiran ialah Pekan Batang Kali dan kawasan menarik yang berhampiran dengan Kampung Sungai Masin ialah Ulu Yam.
| |
 |
| |
| Jalan menuju ke Kampung Ulu Rening |
|
Kampung-kampung seperti Kampung Tamu dan Kampung Ulu Rening menjalankan aktiviti pertanian dan ramai juga yang telah bekerja di pekan-pekan yang berhampiran di dalam sektor kerajaan dan swasta. Ada juga yang bekerja kilang di Batang Kali.
Melihat kepada aktiviti rakyat kampung-kampung ini, ia lebih kurang sama dengan aktiviti penduduk di Kampung Sungai Masin. Malah ada antara aktiviti ini yang dilakukan secara bergabung dengan beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Sungai Masin. Antaranya ialah aktiviti kesenian melalui tarian zapin. Aktiviti keagamaan seperti Tadarus Al-Quran yang diadakan beramai-ramai di masjid pada bulan Ramadhan. Turut diadakan aktiviti sukan tahunan yang diadakan pada setiap hujung tahun. Selalunya ia diadakan di Padang Taman Desa Jaya yang terletak di Kampung Sungai Masin.
|