Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Sungai Masin, Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
   
   

JKKK Memastikan Kualiti Kampung Di Tahap Teratas

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan sebuah jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan dalam usaha memastikan sesebuah perkampungan mencapai kualiti seperti yang direncanakan oleh pihak kerajaan. Malah ia juga menjadi saluran aduan orang ramai dalam apa jua masalah kampung yang boleh dibincang dan diselesaikan bersama.

Di Kampung Sungai Masin, sejak sekian lama JKKK telah berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung. Sehingga kini program-program yang telah dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Antara nama yang memainkan peranan penting di Kampung Sungai Masin ialah, Tuan Haji Ahmad Saleh selaku Pengerusi JKKK. Beliau dibantu oleh setiausahanya Dzulkefly Idrus. Turut membantu ialah bendahari yang ditugaskan dalam urusan kewangan iaitu Yusdi Haji Kamarudin.

 
 
Hajah Siti Zaleha Nordin, Penyelia Perpustakaan Desa

Mereka dibantu oleh biro-biro tertentu iaitu Biro Wanita yang bertanggungjawab dalam usaha membantu wanita di Kampung Sungai Masin dalam membina sahsiah dan membangunkan ekonomi. Terdapat juga Biro Belia yang ditugaskan untuk memberikan tunjuk ajar kepada belia kampung dalam usaha melahirkan generasi belia yang berilmu dan berwawasan. Antara lain, terdapat juga Biro Agama, Biro Kebajikan, Biro Ekonomi dan Biro Teknologi Maklumat. Selain itu, turut membantu Biro Pendidikan, Biro Keselamatan dan beberapa biro lain lagi.

Ahli JKKK ini akan terus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sesuai dengan dasar-dasar semasa kerajaan. Mereka ini bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat penduduk kampung dan juga kerajaan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK