Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Sungai Masin, Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
   
   

Dua Sektor Ekonomi Sumbang Pendapatan

J

ika dahulu perkampungan sering dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang melibatkan pertanian, penternakan mahupun perladangan. Tapi kini rata-rata penduduk Kampung Sungai Masin mempunyai pendapatan yang tetap dengan bekerja di sektor awam dan swasta. Aktiviti yang melibatkan pertanian dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Lantaran perubahan masa, taraf pendidikan dan juga kesedaran yang tinggi untuk membangunkan ekonomi setempat, penduduk di kampung ini mengambil inisiatif membangunkan taraf hidup dengan mengusahakan kedai makan, kedai runcit dan juga bengkel mengikut bidang kepakaran masing-masing. Ia merupakan langkah yang cukup efektif untuk terus membangunkan kampung menjadi sebuah penempatan yang berdaya maju.

ZRN Maju Enterprise

Antara perusahaan yang terdapat di Kampung Sungai Masin ialah ZRN Maju Enterprise. Bengkel ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di samping membangunkan ekonomi setempat. Bengkel ini dibuka sejak tahun 2005, merupakan satu-satunya bengkel membuat gril dan melakukan kerja-kerja kimpalan besi di Kampung Sungai Masin. Setelah beberapa tahun beroperasi, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Menurutnya lagi, tempahan yang dibuat bukan sahaja dari penduduk kampung Sungai Masin malah melibatkan kawasan sekitar. Membuat jeriji atau pagar besi memerlukan kemahiran dan kesenian yang tinggi. Beliau telah mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya di bengkel.

 
Pembuatan grill dan kerja-kerja besi
 

Jika dilihat secara purata, Terdapat beberapa orang penduduk yang terlibat di dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti Mahanom Mohd Shah yang mengusahakan pembuatan kuih baulu. IKS masih lagi di peringkat permulaan dan belum ramai lagi penduduk setempat yang menceburinya. Hal ini mungkin faktor seperti perubahan cara hidup masyarakat di negara kita yang gemar makan gaji.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK