Di manakah terletaknya Kampung Sungai Masin? Tidak ramai yang menyedari akan kewujudannya. Kampung ini adalah sebuah kampung yang indah dan masih lagi mengamalkan nilai-nilai murni amalan masyarakat Melayu. Suasana sekeliling yang masih lagi tidak terusik oleh arus pembangunan, menjadi salah satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dan penduduk kampung sekitar.
Anda juga boleh berkunjung ke Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak di Kampung Tamu. Kolam air panas dikatakan mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. Oleh itu, ia dipercayai dapat mengubati penyakit kulit seperti ruam, menggelupas dan sebagainya.
|