Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Sungai Masin, Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
   
   

Belia Pelapis Teraju Negara

B

elia merupakan pelapis generasi hari ini untuk terus membangunkan negara pada masa akan datang. Belia inilah yang akan meneruskan tampuk pemerintahan negara. Adalah menjadi satu kepentingan belia hari ini untuk mempunyai pendidikan yang sewajarnya. Mereka disarankan bergiat aktif di dalam apa-apa persatuan bagi tujuan membina sahsiah belia yang berdaya saing dan berwawasan. Di Kampung Sungai Masin terdapat Persatuan Belia 4B yang bergiat aktif. Inilah satu-satunya persatuan yang ada di kampung ini dan ia memainkan peranan yang cukup besar dalam memberikan tunjuk ajar kepada belia di sini.

 
Hasil pertanian berkat kerajinan belia kampung dijadikan pendapatan sampingan
 

Selain itu, belia di sini juga terlibat dengan kumpulan kompang. Kumpulan kompang ini akan mengadakan persembahan pada majlis-majlis perkahwinan. Malahan belia di sini juga ringan tulang dan sentiasa berusaha untuk terus berjaya. Masa yang terluang digunakan untuk membantu ibu bapa menjual hasil pertanian kepada peraih. Sikap inilah yang perlu ada di dalam diri remaja kita dan wajar dicontohi.

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK