Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Sungai Kembung Hilir
Jalan 6, Kampung Sungai Kembung Hilir,
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
   
 

Wanita Sebagai Nadi

K

eagamaan, kesenian dan warisan memainkan peranan penting untuk menyatukan penduduk di kampung ini. Aktiviti seumpama ini dapat merapatkan hubungan antara penduduk kampung dan kampung sekitar. Wanita di Kampung Sungai Kembung Hilir amat menitikberatkan soal keagamaan. Justeru, di bawah kendalian Biro Wanita JKKK Kampung Sungai Kembung Hilir, maka wujudlah Kumpulan Wanita Kampung Sungai Kembung Hilir yang mengadakan aktiviti bacaan Al-Quran pada setiap malam Jumaat. Malahan wanita di kampung juga turut bergiat aktif di dalam kumpulan marhaban. Selalunya mereka akan memperdengarkan alunan marhaban pada majlis-majlis perkahwinan. Terdapat juga Kelas Fardu Ain untuk kaum hawa mendalami ajaran agama.

 
 
Golongan wanita aktif berniaga

Wanita juga turut membantu menjana ekonomi keluarga dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Antaranya seperti mengambil upah menjahit pakaian dan ada juga penduduk yang menggunakan kemahiran memasak kuih muih tradisional untuk dipasarkan. Oleh itu, berniaga secara kecil-kecilan ataupun berjaja makanan adalah aktiviti biasa bagi kaum hawa di sini.

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK