Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Sungai Kembung Hilir
Jalan 6, Kampung Sungai Kembung Hilir,
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
   
   

USP

P
 
 
Kanak-kanak menggunakan kemudahan di perpustakaan desa

emberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ialah salah satu projek kemasyarakatan dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Melalui program USP, kampung-kampung yang terpilih diberi peralatan komputer untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam bidang teknologi maklumat. Peralatan-peralatan tersebut diletakkan di perpustakaan desa atau pusat komuniti untuk kegunaan bersama.

Di Kampung Sungai Kembung Hilir, USP telah mula diperkenalkan pada bulan September 2007. Manakala Perpustakaan Desa Kampung Sungai Kembung Hilir atau nama lainnya Perpustakaan Desa Mahkota ditubuhkan pada tahun 2006. Waktu operasinya pula pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada hari Sabtu ia beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Untuk makluman bersama, pada hari Isnin dan Sabtu perpustakaan hanya dibuka pada minggu kedua dan keempat sahaja.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke perpustakaan, turut diadakan aktiviti sampingan seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak. Jika terdapat penduduk yang berminat, latihan penggunaan komputer serta tunjuk ajar dari penyelia pusat mengenai Internet dan penggunaan program aplikasi komputer juga diperolehi.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK