Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Sungai Kembung Hilir
Jalan 6, Kampung Sungai Kembung Hilir,
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
   
   

Sejarah Yang Tersendiri

S

etiap tempat mempunyai cerita di sebalik kewujudannya. Begitu juga dengan Kampung Sungai Kembung Hilir. Menurut sejarah, Kampung Sungai Kembung Hilir mendapat nama daripada “Rotan Kombong” yang banyak terdapat banyak di sepanjang tebing sungai. “Kombong” ataupun kembung diambil dari dialek Negeri Sembilan. Lama-kelamaan ia menjadi kembung kerana mengikut kesesuaian sebutan.

 
Sungai yang dikatakan berkait rapat dengan sejarah kampung.
 

Kampung Sungai Kembung Hilir mula diteroka pada tahun 1880-an oleh orang Asli yang datang dari Daerah Linggi dan Rembau, Negeri Sembilan. Mereka berhijrah untuk mencari penempatan baru dan akhirnya menemui kawasan ini dan memberi namanya Kampung Sungai Kembung Hilir. Peneroka asal ini menggunakan kemahiran dalam bertani untuk dijadikan sebagai mata pencarian.

Perubahan paling jelas yang dapat disaksikan di Kampung Sungai Kembung Hilir ialah melalui perubahan cara perhubungan. Jika dahulu jalan-jalan di sini hanyalah jalan kampung biasa namun kini jalan raya berturap dan juga jambatan konkrit telah disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan bersama.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK