Hidup Berkelompok
ilangan penduduk di Kampung Sungai Kembung Hilir dianggarkan sekitar 1,300 orang dengan majoriti penduduknya berbangsa Melayu. Merujuk statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan tua merupakan bilangan penduduk yang paling ramai iaitu mencecah kira-kira 200 orang. Sinonim dengan namanya sebagai sebuah perkampungan Melayu, penduduk di sini masih lagi mengamalkan cara hidup kampung. Mereka sentiasa bergotong royong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Mereka mendirikan rumah secara berkelompok di taman perumahan. Terdapat juga penduduk yang mendirikan rumah-rumah di atas tanah sendiri mengikut lot tanah masing-masing. Oleh sebab Kampung Sungai Kembung Hilir terletak bersempadan dengan Negeri Sembilan tidak hairanlah jika anda mendengar penduduk di sini ada yang bertutur menggunakan dialek negeri itu.
|