Kelapa Sawit dan Getah
ertanian dan perladangan merupakan kegiatan yang giat dilakukan dari dulu hingga sekarang di Kampung Sungai Kembung Hilir. Meskipun perubahan masa dan kemajuan dapat kita kecapi di sini namun masih ada yang menjadikan pertanian sebagai punca pendapatan utama sehingga sekarang.
 |
|
| Salah satu komoditi pertanian utama Kampung Sungai Kembung Hilir |
|
|
Antara tanaman yang masih diusahakan dari awal penerokaan sehinggalah sekarang ialah kelapa sawit dan getah. Mengikut rekod, 30 hektar daripada 70 hektar keluasan kampung digunakan untuk perladangan. Selain daripada penanaman kelapa sawit dan juga getah, ramai juga penduduk yang mengusahakan dusun buah-buahan. Antara pokok buah yang ditanam di sini ialah pokok durian, manggis, langsat dan beberapa jenis buah lagi yang hasilnya diperoleh secara bermusim.
Rata-rata penduduk yang terlibat dengan sektor ini merupakan mereka yang berusia lingkungan 40 ke 50-an. Malah mereka ini kebanyakannya mewarisi kebun atau ladang-ladang yang telah diusahakan oleh ibu dan bapa mereka dahulu.
|