Tasik Yang Menggamit Suasana
i kalangan mereka yang tidak pernah datang ke sini, Kampung Sungai Kembung Hilir terletak 10 km dari Pekan Semenyih dan 20 km dari Bandar Kajang. Manakala pekan yang terhampir dengan perkampungan ini ialah Pekan Bangi Lama yang jaraknya hanya empat kilometer. Kampung Sungai Kembung Hilir juga terletak bersempadan dengan daerah Nilai di Negeri Sembilan. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan anda hanya mengambil masa kira-kira sejam dengan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Seremban.
| "Kehadiran anda disambut dengan keindahan sebuah lombong yang diberi nama Tasik Desa Mahkota." |
|
| |
|
| |
 |
| |
| Ketenangan panorama Tasik Desa Mahkota |
|
Menyebut sahaja Kampung Sungai Kembung Hilir, tempat ini terkenal dengan industri perikanan. Walaupun masih baru, aktiviti perikanannya merupakan salah satu daya tarikan utama kampung ini. Kehadiran anda disambut dengan keindahan sebuah lombong yang diberi nama Tasik Desa Mahkota. Airnya yang tenang dan dikelilingi dengan bunga-bungaan kecil berwarna kuning menyajikan anda panorama yang sangat menarik.
Pertumbuhan ekonomi di Kampung Sungai Kembung Hilir sangat memberangsangkan. Penduduk di sini bijak memanipulasi faktor geografi untuk dijadikan sumber pendapatan masing-masing. Tidak kira sama ada dari sudut pertanian dan juga penternakan.
|