Cendawan Untuk Kesihatan
esedaran mengenai kebaikan dan khasiat cendawan telah pun diketahui ramai. Malah ada yang menjadikannya sebagai punca pendapatan. Di Kampung Sungai Kembung Hilir misalnya, usaha salah seorang penduduk yang melihat cendawan dari perspektif perubatan menjadikan ia salah satu perusahaan baru di kampung ini.
Akashah Hussin, satu-satunya pengusaha cendawan di kampung ini telah mengusahakan perusahaan cendawan sejak tiga bulan yang lalu. Beliau mengusahakan cendawan jenis Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifiknya, Grey Oyster Mushroom. Cendawan ini merupakan antara spesies yang boleh dimakan dan mempunyai banyak kebaikan.
| |
 |
| |
| Cendawan Mempunyai Khasiat Kesihatan |
|
Cendawan mempunyai kandungan vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan Fosforus (P) yang penting untuk kesihatan badan. Selain daripada rasanya yang sedap dan juga rendah lemak, cendawan dari jenis ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Cendawan Tiram Kelabu
Dari sudut kesihatan, cendawan bagus untuk mengawal aliran darah. Maka tidak hairanlah kepada mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, cendawan adalah pemakanan yang disarankan. Malah cendawan juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan seseorang. Selain membantu proses metabolisme dalam tubuh, ia juga baik untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan virus dan juga bakteria. Cendawan juga bertindak sebagai antioksidan.
Bagi peringkat permulaan, Perusahaan Cendawan Hanis Puteri yang diberi nama sempena nama anak Tuan Haji Akashah mampu mengeluarkan antara 10 ke 20 kilogram cendawan sehari. Beliau mengharapkan sedikit masa lagi, pengeluaran cendawan di gudangnya mampu mencecah 100 kilogram sehari. Cendawan ini dijual pada harga RM8 ke RM10 per kilogram.
|