Kemudahan Yang Menyenangkan
erdapat banyak kemudahan yang disediakan di Kampung Sungai Kembung Hilir. Boleh dikatakan penduduk di sini telah dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap. Setiap rumah di Kampung Sungai Kembung Hilir itu sendiri mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna. Malahan penduduk setempat mempunyai telefon talian tetap yang dipasang di rumah masing-masing. Namun begitu, terdapat sebuah pondok telefon awam disediakan untuk kegunaan umum.
 |
|
| Masjid antara kemudahan yang terdapat di sini |
|
|
Kemudahan-kemudahan lain termasuklah sebuah masjid, surau dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA). Terdapat juga jambatan konkrit yang dibina untuk menyeberangi Sungai Semenyih ke Kampung Sungai Kembung Hilir. Turut disediakan sebuah balai raya bagi memudahkan penduduk menjalankan majlis dan aktiviti kampung. Kemudahan yang disediakan memudahkan penduduk setempat dan orang luar untuk datang ke kampung ini.
Di sini juga disediakan dua buah padang permainan kanak-kanak dan sebuah padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Perpustakaan Desa Kampung Sungai Kembung Hilir. JKKK juga sedang memohon untuk mendapatkan gelanggang futsal bagi kemudahan belia kampung bersukan. Di kampung ini juga terdapat dua kawasan tanah perkuburan Islam.
 |
| Kemudahan pejabat pos memudahkan aktiviti urus niaga |
|
|