Keakraban Kampung Sekitar Jelas Kelihatan
i Kampung Sungai Kembung Hilir terdapat dua buah kampung yang berhampiran dengannya. Kampung tersebut ialah Kampung Rinching Hilir dan juga Kampung Sungai Kembung Hulu. Kedua-dua kampung ini mempunyai keluasan yang hampir sama dengan Kampung Sungai Kembung Hilir. Kehidupan secara kampung masih lagi kuat dipegang dan diamalkan. Apa sahaja kenduri kendera pastinya mengundang suasana yang meriah kerana ramai yang datang bergotong royong tanpa mengira kampung.
| |
 |
| |
| Papan Tanda Kampung Rinching Hilir |
|
Jika dilihat dari sudut ekonomi pula, tidak banyak yang dapat membezakan ketiga-tiga kampung ini kerana masing-masing mempunyai mata pencarian yang hampir sama iaitu bertani dan berternak bagi warga tua dan bekerja di sektor swasta dan kerajaan bagi golongan muda.
|