| |
|
| |
| |
Apa yang menarik di Sungai Kembung Hilir? Kampung ini lebih terkenal dengan nama Tasik Desa Mahkota. Tasik ini sebelumnya adalah bekas tinggalan lombong pada masa dahulu. Kini, lombong ini telah dijadikan kawasan untuk beriadah. Di tasik ini, terdapat penduduk yang menternak ikan air tawar di dalam sangkar. Ikan-ikan yang dibela seperti ikan Haruan Tutu, Tilapia Merah dan Tilapia Biru. Penduduk Sungai Kampung Kembung Hilir yang inginkan ketenangan, bolehlah menjalankan aktiviti memancing di tepi-tepi tasik. Airnya yang dingin menggamit perasaan tenang pengunjungnya.
|
|
|
| Keusahawanan |
Pertanian dan Perladangan |
Kesedaran mengenai kebaikan dan khasiat cendawan telah pun diketahui ramai. Malah ada yang menjadikannya sebagai punca pendapatan. Di Kampung Sungai Kembung Hilir misalnya, usaha salah seorang penduduk yang melihat cendawan dari perspektif perubatan menjadikan ia salah satu perusahaan baru di kampung ini. |
Pertanian dan perladangan merupakan kegiatan yang giat dilakukan dari dahulu hingga sekarang di Kampung Sungai Kembung Hilir. Meskipun perubahan masa dan kemajuan dapat kita kecapi di sini namun masih ada yang menjadikan pertanian sebagai punca pendapatan utama sehingga sekarang. |
|
| |
|