Kebajikan Kaum Ibu
| |
 |
| |
| Membantu suami dalam perusahaan |
|
olongan wanita Kampung Seri Menanti bukan sahaja bertindak sebagai suri rumah, malahan mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Sesuai dengan hasrat kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing, pelbagai aktiviti untuk mereka dilaksanakan di Kampung Seri Menanti. Aktiviti-aktiviti untuk wanita selalunya diuruskan oleh Biro Wanita JKKK di Kampung Seri Menanti. Di antara aktiviti yang sering dianjurkan kaum wanita di kampung ini ialah kelas berzanji, marhaban dan kelas Fardu Ain. Aktiviti ini diadakan setiap minggu dan diketuai oleh seorang guru agama wanita yang berpengalaman.
Kaum wanita di kalangan ibu tunggal pula tidak pernah diabaikan untuk menyertai aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Mereka sentiasa diberi khidmat kaunseling, khidmat nasihat dan bantuan dalam meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Keakraban perhubungan ini memupuk kemesraan dan perpaduan untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran dan berganding dengan kaum lelaki untuk menjayakan sesuatu program umpama majlis-majlis keraian dan kenduri-kendera.
|