Perkhidmatan Percuma Tarik minat
| |
 |
| |
Kemas dan teratur menarik minat pengunjung
untuk datang ke sini |
|
ampung Seri Menanti tidak terkecuali untuk menerima faedah di bawah Skim Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau lebih dikenali sebagai Universal Service Providence (USP). Projek yang dikendalikan hasil usaha sama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta beberapa badan korporat ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyakat di bandar dan juga luar bandar. Sebuah perpustakaan telah dibina di Kampung Seri Menanti bagi kemudahan penduduk kampung untuk mendapatkan sumber ilmu pengetahuan. Perpustakaan Desa Kampung Seri Menanti telah dirasmikan pada tahun 2006 dan dikendalikan oleh seorang petugas iaitu Razi Ibrahim.
 |
|
| Sistem kad dipakai untuk menggunakan kemudahan di sini |
|
|
Bagi pelajar-pelajar sekolah, mereka gembira dengan program ini kerana tidak lagi perlu ke Kafe Siber bagi mencari maklumat malah boleh mengguna dua perkhidmatan sekali gus iaitu Perkhidmatan Perpustakaan dan Siber. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan ini menarik minat penduduk kampung berkunjung ke perpustakaan. Terdapat dua buah komputer yang disediakan oleh KTAK lengkap dengan kemudahan Internet.
|