Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

J

umlah penduduk Kampung Seri Menanti dianggarkan seramai 3,000 orang. Oleh sebab jalan raya merupakan sistem perhubungan utama penduduk kampung, sebahagian besar rumah penduduk dibina berderetan di sepanjang jalan. Pun begitu, ada juga segelintir kecil penduduk kampung yang tinggal di pesisir pantai. Terdapat juga beberapa buah rumah yang terletak agak jauh di kawasan pedalaman kampung. Pembangunan yang semakin pesat turut mendorong kepada wujudnya beberapa buah penempatan baru di Kampung Seri Menanti.

 
Penduduk kampung sedang berehat
 

Majoriti penduduk Kampung Seri Menanti terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam. Di samping itu ada juga sebilangan kecil kaum Cina yang mendiami kawasan Kampung Seri Menanti. Biarpun hidup dalam pelbagai bangsa dan agama, semangat perpaduan yang dipupuk sejak kecil membolehkan penduduk kampung hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Setiap kaum mempunyai peranannya sendiri dalam mencerminkan budaya dan nilai-nilai kebudayaan masing-masing. Pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” menjadi teras kehidupan masyarakat Kampung Seri Menanti.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK