Penanaman Tebu

T

erdapat segelintir kecil penduduk kampung yang menanam tebu secara kecil-kecilan. Oleh sebab tanah yang subur, pokok tebu yang ditanam dapat hidup dengan subur dan menghasilkan tebu matang yang berkualiti. Pokok tebu akan menjadi matang sekurang-kurangnya empat bulan selepas ditanam. Namun, tebu yang berusia sehingga enam bulan adalah yang lebih baik Permintaan tebu yang tinggi mendorong lebih ramai penduduk kampung untuk turut menanam pokok tebu sebagai sumber pendapatan sampingan. Tebu kebanyakannya dibeli oleh penjual-penjual air tebu melalui peraih-peraih yang datang ke kampung-kampung.

 
Tebu mengambil masa empat bulan untuk matang
 

Selain itu, penduduk kampung Seri Menanti juga mengusahakan perladangan kelapa sawit dan getah. Dianggarkan seluas 30 hektar ladang sawit diusahakan oleh penduduk kampung ini. Harga sawit yang semakin meningkat di pasaran mendorong lebih ramai penduduk kampung melibatkan diri dengan penanaman kelapa sawit ini. Ada juga sebahagian penduduk kampung yang mendapat bantuan dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam bentuk baja dan anak pokok getah. Buah sawit yang telah masak akan dijual sebelum dipasarkan kepada pemborong di sekitar Daerah Muar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK