Menyusur Sungai

K

ampung Seri Menanti terletak di dalam Daerah Muar yang bukan sahaja terkenal dengan makanannya tetapi juga beberapa tempat pelancongan. Jika anda ke Muar, apa kata anda bersama-sama menyusuri Sungai Muar sambil menikmati keindahan dan meninjau sendiri keistimewaan bandar yang terletak di muara sungai. Anda juga boleh memerhati burung botak atau nama saintifiknya Leptotilos Javanicus di Pantai Leka, Parit Jawa. Burung botak merupakan antara spesies burung yang hampir pupus di dunia.

Malahan Sungai Muar dengan beberapa tempat menarik turut dikaitkan dengan sejarah negara serta legenda masyarakat tempatan. Pelancong bolehlah menaiki bot dari Jeti Tanjung Emas dan menyusuri Sungai Muar sehingga ke Bukit Kepong untuk melihat nilai sejarah di sepanjang sungai itu. Peristiwa Bukit Kepong yang menyebabkan Balai Polis Bukit Kepong diserang hendap oleh segerombolan komunis masih segar dalam ingatan penduduk setempat.
Antara produk pelancongan yang terdapat di Muar ialah, Homestay Sarang Buaya, Tokong Lama di Parit Unas, Hutan Bakau dan di sini juga terletaknya pengkalan Parit Tiram yang menjadi lokasi baka tiram yang dikatakan bermutu tinggi di dunia.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK