Kemudahan Memudahkan Penduduk
arangkali ramai yang menyangka Kampung Seri Menanti terletak di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus kerana namanya yang sama dengan sebuah kawasan di dalam negeri yang kaya dengan adat perpatih. Tidak ramai yang tahu bahawa kampung tersebut sebenarnya terletak di dalam Negeri Johor Darul Takzim. Kampung Seri Menanti terletak di lokasi yang mudah untuk ditemui, di tepi jalan utama yang menghubungkan Bandar Muar dan Bandar Batu Pahat menghala ke Johor Bahru. Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani yang suatu ketika dahulu dihubungkan melalui feri atau perahu tambang melalui Sungai Muar.
| “Biarpun Daerah Muar semakin membangun, masih terdapat rumah-rumah tradisional penduduk kampung yang mengekalkan reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu Johor” |
|
| |
|
Kampung Seri Menanti agak unik kerana ia terbahagi kepada bahagian pesisir pantai dan bahagian daratan yang terletak agak jauh daripada kawasan pantai. Pekan yang terhampir dengan Kampung Seri Menanti ialah Pekan Parit Jawa yang terletak kira-kira sembilan kilometer. Manakala bandar yang paling hampir ialah Bandar Muar yang hanya memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan.
| |
 |
| |
| Masjid Jamek Seri Menanti |
|
Dihimpit dengan pembangunan dan corak sosial masyarakat yang semakin berubah namun, penduduk Kampung Seri Menanti masih lagi berpegang teguh kepada nilai-nilai tradisional masyarakat Melayu. Biarpun Daerah Muar semakin maju, masih terdapat rumah-rumah tradisional penduduk kampung yang mengekalkan reka bentuk rumah tradisional Melayu Johor. Sebuah masjid yang tersergam indah iaitu Masjid Seri Menanti yang terletak di pinggir jalan menjadi penanda utama bahawa anda sebenarnya sudah berada dalam kawasan Seri Menanti.
Sistem jalan raya yang baik serta kemudahan memudahkan orang ramai berkunjung. Jika suatu ketika dahulu kebanyakan penduduk kampung berjalan kaki ataupun menaiki basikal untuk ke suatu destinasi yang jauh, kini ia sudah semakin berkurangan. Peningkatan taraf hidup penduduk kampung membolehkan penduduknya memiliki kenderaan sendiri sama ada kereta mahupun motosikal. Terdapat juga perkhidmatan awam yang disediakan seperti bas dan teksi untuk kemudahan para penduduk.
|