Berkhidmat Untuk Masyarakat

T

erdapat sebuah klinik desa yang dibina di Kampung Seri Menanti. Klinik Desa Kampung Seri Menanti dikendalikan oleh seorang Jururawat. Kemudahan kuarters yang disediakan memudahkan Jururawat yang bertugas bagi menangani sebarang rawatan kecemasan yang melibatkan penduduk kampung sebelum dirujuk ke hospital berhampiran. Doktor dari Hospital Muar ditugaskan secara berjadual untuk memberikan rawatan kepada penduduk. Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan di klinik ini ialah pemeriksaan untuk ibu dan anak, rawatan pesakit luar serta farmasi.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK