Bersama Menjaga Keamanan

S
 
 
Pondok keselamatan yang berada hampir di setiap kawasan

ecara amnya soal keselamatan di Kampung Seri Menanti terletak di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai Polis yang paling hampir dengan Kampung Seri Menanti ialah Balai Polis Daerah Muar yang terletak di tengah-tengah Bandar Muar. Biarpun begitu, terdapat juga Rukun Tetangga Kampung Seri Menanti yang turut membantu pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan kampung.

Di samping itu, terdapat juga kawalan yang dilakukan oleh Unit Pencegah Penyeludupan di kawasan sekitar pantai. Ini adalah untuk memastikan tiada sebarang kejadian penyeludupan berlaku di Kampung Seri Menanti. Kawalan turut dilakukan bagi mencegah pendaratan pendatang tanpa izin.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK